Wednesday 16 July 2014

Guardians Of The Galaxy - Marvel Legends Infinite Series

Product: Hasbro (Marvel Legends Infinite Series)
Size: 6 inch


Pasolatoys kini dengan koleksi Guardians Of The Galaxy yang akan menggegarkan pawagam 31July 2014. Koleksi terbaru ini terdiri daripada 6 action figure iaitu Star Lord, Gamora, Drax, Rocket Racoon, Nova dan Iron Man. Setelah mengumpul keenam-enam action figure, lu orang akan dapat menyambungkan Build Action Figure (BAF) Groot yang gempak dan perghhh... Memang berbaloi beb... Jadi nantikan review daripada 
Pasolatoys untuk keenam-enam figure dan BAF 
Groot...

Monday 14 July 2014

Grimlock Transformers Generations - Age Of Extinction

Product: Hasbro Transformers Generations (AOE)
Size: Voyager Class

Hari ini Pasolatoys akan membuat review model Transformers Generations Grimlock dari series Age of Extinction (AOE).


Model Grimlock ini memang gempak dengan kombinasi warna oren metalik dan warna silver. Muka Grimlock ini pun ganas dan stylo dengan warna mata hijau metalik. Perghhh...

Pandangan hadapan Grimlock dalam keadaan robot mode. 

Memang gempak... Gua suka kepala T-rex yang berada di atas bahu tu. Warna mata T-rex pun sama dengan mata robot memang best la... cuma gua rasa peha Grimlock ni agak panjang tapi itu tak jadi masalah bro... janji robot ni gempak...

Articulation point untuk juga amat baik cuma ada kekurangan sedikit pada bahagian pergelangan tangan... Apabila nak pusingkan pergelangan tangan, lu orang kena bukakan lock pada kawasan lengan.

Perbezaan size antara Grimlock (Voyager Class) dengan Scorn (Deluxe Class) dan Strafe (Deluxe Class) dalam keadaan robot mode.

Sekarang lu orang tengok pula Grimlock dalam keadaan Dino mode. Memang stylo beb... Cara Transformation juga menarik dan mudah.

Pandangan belakang Grimlock dalam keadaan 
Dino mode. Bahagian kaki menjadi ekor... Pasal tu peha Grimlock panjang.

Perbezaan antara Grimlock dan Scorn dalam keadaan Dino mode. Walaupun dalam keadaan robot mode ketinggian mereka amat ketara tetapi dalam Dino mode Grimlock hanya tinggi sedikit sahaja daripada Scorn.

Ini adalah gambar Grimlock semasa masih lagi dalam bungkusannya.

Saturday 12 July 2014

High Octane Bumblebee Transformers Generations - Age Of Extinction

Product: Hasbro (Transformers Generations - AOE)
Size: Duluxe Class

Pasolatoys kini dengan model Transformers terbaru dari filem Transformers 4 - Age Of Extinction. Gua akan buat review untuk model High Octane Bumblebee. Jadi jom layan...


Model Bumblebee High Octane ni lu boleh nampak dalam filem Transformers 4 semasa Optimus Prime sampai ke markas berkumpul kumpulan Autobot yang masih selamat iaitu Crosshair, Drift dan Hound. Model ni memang gempak dan details dan gua puas hati dengan articulation dan cara transformation juga menarik...

Gambar hadapan Bumblebee dalam keaadan mode kereta. Bentuk kereta ini memang stylo dan benda yang memikat hati gua ialah sport rim dia. Sport rim dia memang gempak dan details. Lu boleh nampak nat-nat pada keliling sport rim tu. Perghhh....

Gambar Bumblebee dari belakang. Design kereta ini memang bentuknya seperti kereta betul.

Pandangan sisi kereta. Jelas logo Autobot terpampang...

Perbezaan mode kereta Bumblebee model 
Transformers Generations - Age of Extinction dengan model Transformers Prime - Beast Hunters

Perbezaan dengan Ultra Magnus model Transformers Prime - Beast Hunters dan Cliffjumper model Transformers Prime - 1st Edition

Gambar Bumblebee dalam mode robot dari dekat. Terserlah design yang terperinci. Gempak bro...

Perbezaan saiz mode kereta Cliffjumper dengan mode robot Bumblebee

Perbezaan mode robot antara model Transformers Prime - Beast Hunters dengan model Transfomers Generations - AOE. Model ini lebih tinggi dari Transformers - Beast Hunters

Gambar Bumblebee semasa masih lagi dalam bungkusan. Bungkusan kali ini nampaknya lebih kemas dan menarik dengan gambar pada kad bungkusan.

Monday 5 May 2014

Shellraiser TMNT

Product: Playmates Toys
Size: For 5 Inch figure

Hari ini Pasolatoys berkesempatan untuk membuat review kenderaan rasmi kumpulan TMNT iaitu Shellraiser...


Ini gambar ahli TMNT dengan Shellraiser. Shellraiser ini sesuai dengan figure TMNT yang bersaiz 5 inch. Memang stylo bro...

Ini pandangan dari depan Shellraiser... Untuk menyiapkan Shellraiser ini, ada beberapa part dan sticker yang perlu dipasang sendiri. 

Ini pula pandangan sisi kanan Shellraiser. Sticker yang ditampalkan pada pintu tepi juga amat menarik.

Pandangan belakang Shellraiser nampak gempak dengan exhaust bagak 2 biji kat belakang siap dengan tong-tong kat bumper tu perghhh...

Gua memang suka sticker kat sisi kiri Shellraiser ni... Color dia lebih menarik berbanding sisi kanan. Selain itu ada juga penembak pada bahagian atas sisi kiri Shellraiser. Sisi kiri ni tak de pintu yang boleh dibuka.

Pada bahagian atas terdapat satu ruang yang boleh dibuka dan boleh diletakkan figure untuk mengawal penembak. Pada kanan dan kiri penembak terdapat batang untuk figure memegang dan bergayut.

Pada pintu depan pula lu boleh buka dan ada satu tempat yang lu boleh lekatkan lubang pada tapak kaki figure kat pintu yang dibuka itu. Lu orang boleh tengok gaya Raph kat pintu depan tu... Memang stylo nak berentap dengan Shredder.

Pada bahagian atas sebelah kanan penembak ada satu serombong asap yang boleh ditekan. Bila lu tekan benda tu secara mekanikal pintu sisi kanan akan terbuka. Figure yang bergayut pada batang kat pintu tu juga boleh berpusing melawan arah jam semasa pintu tu terbuka tetapi lu kena pusing dulu arah pusingan jam dan tutup pintu tu dulu. Bila ditekankan serombong asap tu, figure akan keluar dengan gaya serangan "Ninja Flip Kicking".

Ini adalah gambar Shellraiser yang masih dalam bungkusan. Untuk bungkusan yang gua beli ni disertakan sekali dengan figure Leonardo. Bungkusan yang gua beli hanya boleh jumpa dekat ToysRus je. Harga asal RM219.90 tapi gua beli time promosi dapat beli dengan harga RM199.90. Biasanya kedai-kedai lain jual bungkusan yang bukan dengan figure Leonardo. Harganya lebih kurang RM179.90

Saturday 19 April 2014

Shredder TMNT

Product: Playmates Toys (Nickelodeon)
Size: 5 inch

Pasolatoys kini kembali dengan figure Shredder dari siri TMNT, memegang watak ketua penjahat yang berperisai ala samurai..


Dari segi style, gua memang suka gaya Shredder ini. Memang stylo beb...dengan topeng dan topi dia yang gempak dan pelindung bahu yang brutal tu...

Pandangan dari belakang menampakkan Shredder ni tegap...

Ini gambar Shredder dengan salah satu senjata yang diberikan... tapi pedang ini agak longgar sikit bila diletakkan pada tangan figure. Tanpa pedang pun figure ini tetap gempak...

Gua betul-betul suka dengan topi dan topeng figure ini. Simple tapi Stylo bro...

Articulation point tak de lah 'terbaik' sangat. Ia agak bersesuaian dengan harga figure ini... Gua lagi suka kalau figure ni ada articulation point kat lutut dia...Walaubagaimanapun, figure agak stabil... 
Lu orang tengok sendiri... tapi gaya tendang tu nampak kekok sikit... hahaha...

Jadi gua rekemen lu orang untuk beli figure ini pasal figure ini memang stylo dan sesuai dengan harganya. Tak silap gua, Takara Tomy juga mengeluarkan figure Shredder ini dengan articulation point yang lebih dan color yang lebih details dan menarik. Harga dan packaging Takara Tomy tak sama la dengan yang ni...

Figure Shredder yang masih dalam bungkusan. Disertakan sekali dengan pedang dan 2x Shuriken.

Saturday 5 April 2014

Black Widow BAF Mandroid Series

Product: Hasbro (Marvel Legends Infinite Series)
Size: 6 inch

Pasolatoys dengan figure terbaru yang 'Rare' sehinggakan gua pun terpaksa keluarkan modal yang lebih iaitu dekat 2 kali ganda dari harga asal untuk memastikan figure ini berada dalam koleksi Pasolatoys...


Figure ini boleh dikatakan figure Black Widow terbaik dari Hasbro... Ini muka ala-ala dalam filem Avengers... Mata kuyu, rambut curly sikit paras tengkok...

Ini pula muka ala-ala dalam filem Captain America - The Winter Soldier. Mata dia still kuyu tapi rambut dia lurus panjang paras bahu. Jadi buyer beruntung dapat 2 kepala Black Widow yang gempak ni untuk Marvel Legends Infinite Series kali ini...

Bukan kepala dia je gua dapat 2, tangan dia pun gua dapat 2 pasang. 1 yang macam pelempang tu macam gambar sebelum ini... dan lagi 1 yang pegang pistol macam dalam gambar atas...

Figure Black Widow ini ada 2 pistol kat kedua-dua peha dia tapi sayangnya pistol tu statik. Kalau dua-dua pistol tu jenis yang boleh keluar mesti lagi gempak figure ni jadinya... Pistol merah dalam gambar ni gua pinjamkan dari figure Red Skull punya aksesori. Lepas ni kena pulangkan balik...

Shape body, details dan articulation point juga baik. Gua suka ukiran pada jenis rambut yang curly ni...Nampak details rambut dia... Selain itu pakaian figure ni juga begitu details. Lu orang boleh tengok pada zip dan texture pada sut dia... Lagi satu yang best logo SHIELD yang ada kat lengan tu...

Kalau dibandingkan dengan figure-figure wanita lain... Black Widow lebih rendah dari Jean Grey dan Black Cat. Ketinggiannya bolah dikatakan lebih kurang sama dengan X-23.

Ini gambar sampingan yang sempat gua ambil. Gambar Black Widow bersama team 'Avengers Assemble' nya. Perghhh....Gempak tu!..

Ini gambar figure Black Widow semasa masih dalam bungkusan. Figure ini disertakan sekali dengan part BAF badan Mandroid yang ada logo SHIELD bagak tu dan juga senjata penembak Mandroid yang boleh disambungkan dibahagian bahu Mandroid.