Monday 14 July 2014

Grimlock Transformers Generations - Age Of Extinction

Product: Hasbro Transformers Generations (AOE)
Size: Voyager Class

Hari ini Pasolatoys akan membuat review model Transformers Generations Grimlock dari series Age of Extinction (AOE).


Model Grimlock ini memang gempak dengan kombinasi warna oren metalik dan warna silver. Muka Grimlock ini pun ganas dan stylo dengan warna mata hijau metalik. Perghhh...

Pandangan hadapan Grimlock dalam keadaan robot mode. 

Memang gempak... Gua suka kepala T-rex yang berada di atas bahu tu. Warna mata T-rex pun sama dengan mata robot memang best la... cuma gua rasa peha Grimlock ni agak panjang tapi itu tak jadi masalah bro... janji robot ni gempak...

Articulation point untuk juga amat baik cuma ada kekurangan sedikit pada bahagian pergelangan tangan... Apabila nak pusingkan pergelangan tangan, lu orang kena bukakan lock pada kawasan lengan.

Perbezaan size antara Grimlock (Voyager Class) dengan Scorn (Deluxe Class) dan Strafe (Deluxe Class) dalam keadaan robot mode.

Sekarang lu orang tengok pula Grimlock dalam keadaan Dino mode. Memang stylo beb... Cara Transformation juga menarik dan mudah.

Pandangan belakang Grimlock dalam keadaan 
Dino mode. Bahagian kaki menjadi ekor... Pasal tu peha Grimlock panjang.

Perbezaan antara Grimlock dan Scorn dalam keadaan Dino mode. Walaupun dalam keadaan robot mode ketinggian mereka amat ketara tetapi dalam Dino mode Grimlock hanya tinggi sedikit sahaja daripada Scorn.

Ini adalah gambar Grimlock semasa masih lagi dalam bungkusannya.

No comments:

Post a Comment