Saturday 12 July 2014

High Octane Bumblebee Transformers Generations - Age Of Extinction

Product: Hasbro (Transformers Generations - AOE)
Size: Duluxe Class

Pasolatoys kini dengan model Transformers terbaru dari filem Transformers 4 - Age Of Extinction. Gua akan buat review untuk model High Octane Bumblebee. Jadi jom layan...


Model Bumblebee High Octane ni lu boleh nampak dalam filem Transformers 4 semasa Optimus Prime sampai ke markas berkumpul kumpulan Autobot yang masih selamat iaitu Crosshair, Drift dan Hound. Model ni memang gempak dan details dan gua puas hati dengan articulation dan cara transformation juga menarik...

Gambar hadapan Bumblebee dalam keaadan mode kereta. Bentuk kereta ini memang stylo dan benda yang memikat hati gua ialah sport rim dia. Sport rim dia memang gempak dan details. Lu boleh nampak nat-nat pada keliling sport rim tu. Perghhh....

Gambar Bumblebee dari belakang. Design kereta ini memang bentuknya seperti kereta betul.

Pandangan sisi kereta. Jelas logo Autobot terpampang...

Perbezaan mode kereta Bumblebee model 
Transformers Generations - Age of Extinction dengan model Transformers Prime - Beast Hunters

Perbezaan dengan Ultra Magnus model Transformers Prime - Beast Hunters dan Cliffjumper model Transformers Prime - 1st Edition

Gambar Bumblebee dalam mode robot dari dekat. Terserlah design yang terperinci. Gempak bro...

Perbezaan saiz mode kereta Cliffjumper dengan mode robot Bumblebee

Perbezaan mode robot antara model Transformers Prime - Beast Hunters dengan model Transfomers Generations - AOE. Model ini lebih tinggi dari Transformers - Beast Hunters

Gambar Bumblebee semasa masih lagi dalam bungkusan. Bungkusan kali ini nampaknya lebih kemas dan menarik dengan gambar pada kad bungkusan.

No comments:

Post a Comment