Thursday 18 June 2015

Boboiboy Halilintar (Boboiboy Thunderbolt)

Product: Animonsta - Boboiboy (Wave2)

Scale: 4 ~ 5 inch

Hari ini gua akan review figure watak yang dicipta oleh Syarikat Animonsta dari Malaysia yang menempa nama dengan watak animasinya yang popular di berpuluh-puluh buah negara iaitu "Boboiboy"

Review akan difokuskan pada figure Boboiboy Halilintar yang sememangnya cool, stylo dan Terbaik!!!"

Figure ini boleh dilaraskan pada bahagian kepala, kedua-dua lengan tangan dan bahagian pinggang. Paling menarik pada figure ini ialah senjata "Pedang Halilintar" yang boleh dicabutkan dan dipasangkan... Berbeza dengan figure Boboiboy Petir sebelum ini yang bersenjatakan "Keris Petir" yang memang tak boleh cabut.... Ini memang satu perkembangan yang baik...

Pandangan dari belakang figure Boboiboy. Agak menarik jalur merah yang terdapat pada sisi seluar.

Gerakan Halilintar yang sempat gua edit.

Wajah Boboiboy yang bersahaja dengan anak mata berwarna merah. Biasanya dalam cerita Boboiboy, Boboiboy Halilintar ni pakai topi dan menunduk tak nampak mata jadi kebanyakan gambar sebelum ini gua ambil seperti di dalam cerita. Tak sabar rasanya nak tunggu keluar figure Boboiboy Taufan, Boboiboy Gempa, Fang, Adudu dan Superprobe yang sepatutnya keluar untuk figure Boboiboy Wave2...

No comments:

Post a Comment