Tuesday 28 April 2015

Avengers - Age of Ultron Promo @ Mid Valley

Hari tu gua berkesempatan untuk berjalan dan tengok-tengok promo Avengers - Age of Ultron sebelum filem tu keluar di panggung pada 23 April 2015. Promo yang gua pergi ini adalah bertempat di Mid Valley dan tempoh promosi adalah dari 8 April 2015 sehingga 19 April 2015. Jadi mari kita tengok apa yang ada.


Ini adalah pemandangan dari tingkat atas sebahagian promo yang dibuat. Boleh kira kat sini lah tempat paling sesak. Masa gua ambil gambar
ni tak de lah ramai sangat orang, sampai je kat bawah gua tengok dah penuh.


Lu orang tengok la tu... Punya la padat... Ini adalah tarikan utama gua datang ke sini. Scale 1:1 patung Hulk dan Hulkbuster.


Perghhh memang gempak dan stylo beb... Ini gambar Hulkbuster dari dekat yang gua dapat ambil. 

Selain dari ini terdapat juga aktiviti yang menarik untuk kanak-kanak dan keluarga yang disertakan oleh DisneyXD... Anak gua seronok betul dapat bermain di stesyen Thor, Hulk, Captain America dan Iron Man. Setelah selesai melakukan keempat-empat misi... Dapat mengambil gambar keluarga anda dalam template Avengers Assemble pilihan anda dan kesemua aktiviti ini adalah percuma... Terima kasih DisneyXD kerana turut menjadikan promo ini riadah keluarga yang menyeronokkan... Terbaik...


Terdapat juga pameran Hot Toys scale1:6 yang disediakan oleh XM Studios. Figure Black Widow dari Age of Ultron Series. Memang betul-betul details. Muka dah macam muka orang tu... Arghhhh... bila la gua dapat collect Hot Toys ni?


Figure Iron Man Mark 42 dari filem Iron Man 3. Muka Tony Stark macam dalam filem tu...

Kalau lu sedar belakang display box figure ni ada area ToyRUs menjual figure terbaru keluaran Hasbro - Marvel Legends Avengers Age of Ultron Series wave 2 (BAF Thanos) dan bermacam-macam lagi Figure Hasbro dan Lego Avangers. Selain itu terdapat juga barangan seperti baju-baju, alat tulis, cadar dan pelbagai barang lagi yang bertemakan Avengers dan Marvel. Gua sempat la beli Kotak Pensil Avengers (anak gua beria-ia nak) dan Cadar Captain America (Kawaii) kat sana.


Figure ahli kumpulan Avengers menentang Chitauri... Memang real bro Hot Toys ni tapi kalau nak start collect figure Hot Toys ni modal kena lebat... Jadi gua kena belajar telan air liur... Tengok je la...

Figure Hasbro Marvel Legends Avengers Age of Ultron yang dipamerkan di area ToyRUs. Figure Thor & Hawkeye tu adalah dari series BAF Allfather Odin. Selebihnya dari BAF Thanos Series. Thanos yang berperisai warna gold tu... Figure-figure ini sudah ada dalam koleksi Pasolatoys, jadi nantikan review figure-figure tersebut 

No comments:

Post a Comment