Tuesday 22 December 2015

Saturday 5 December 2015

Cloak And Dagger (TH) - Hot Wheels

Product: Hot Wheels 2014 - Mattel
Made in: Malaysia
Scale: 1:64

Gua agak suka kereta Cloak And Dagger ini walaupun tak nampak macam kereta pun... Simple dan menarik... Boleh guna buat pujuk anak gua time dia menangis...

Lu boleh nampak kereta ini berwarna hijau transparent yang terdiri dari plastik pada bahagian "body"atas dan "base", tayar yang berwarna kuning dan bahagian bayang yang lu nampak gelap tu terdiri dari "metal" yang di warnakan putih dan juga kelabu...

Di bahagian sisi kereta lu boleh nampak corak "splash" pada logo kecil "Hot Wheels" dan logo "Treasure Hunt" ("Flame" dalam bulatan)

Friday 4 December 2015

'52 Hudson Hornet ($TH) - Hot Wheels

Product: Hot Wheels 2016 - Mattel
Made in: Malaysia
Scale: 1:64

Toyota Off-Road Truck ($TH) - Hot Wheels

Product: Hot Wheels 2015 - Mattel
Made in: Malaysia
Scale: 1:64


Fast Felion (TH) - Hot Wheels

Product: Hot Wheels 2015 - Mattel

Made in: Malaysia

Scale: 1:64

Fast Felion semasa masih dalam bungkusan

Fast Felion ni berwarna gold dan mempunyai corak yang menarik. Lu orang boleh nampak bola ragbi bagak pada hood kereta tu. Pada sisi kereta berdekatan dengan tayar depan ada logo api dalam bulatan yang ada pada kereta-kereta "Treasure Hunt (TH)".

Thursday 18 June 2015

Boboiboy Halilintar (Boboiboy Thunderbolt)

Product: Animonsta - Boboiboy (Wave2)

Scale: 4 ~ 5 inch

Hari ini gua akan review figure watak yang dicipta oleh Syarikat Animonsta dari Malaysia yang menempa nama dengan watak animasinya yang popular di berpuluh-puluh buah negara iaitu "Boboiboy"

Review akan difokuskan pada figure Boboiboy Halilintar yang sememangnya cool, stylo dan Terbaik!!!"

Figure ini boleh dilaraskan pada bahagian kepala, kedua-dua lengan tangan dan bahagian pinggang. Paling menarik pada figure ini ialah senjata "Pedang Halilintar" yang boleh dicabutkan dan dipasangkan... Berbeza dengan figure Boboiboy Petir sebelum ini yang bersenjatakan "Keris Petir" yang memang tak boleh cabut.... Ini memang satu perkembangan yang baik...

Pandangan dari belakang figure Boboiboy. Agak menarik jalur merah yang terdapat pada sisi seluar.

Gerakan Halilintar yang sempat gua edit.

Wajah Boboiboy yang bersahaja dengan anak mata berwarna merah. Biasanya dalam cerita Boboiboy, Boboiboy Halilintar ni pakai topi dan menunduk tak nampak mata jadi kebanyakan gambar sebelum ini gua ambil seperti di dalam cerita. Tak sabar rasanya nak tunggu keluar figure Boboiboy Taufan, Boboiboy Gempa, Fang, Adudu dan Superprobe yang sepatutnya keluar untuk figure Boboiboy Wave2...

Tuesday 28 April 2015

Avengers - Age of Ultron Promo @ Mid Valley

Hari tu gua berkesempatan untuk berjalan dan tengok-tengok promo Avengers - Age of Ultron sebelum filem tu keluar di panggung pada 23 April 2015. Promo yang gua pergi ini adalah bertempat di Mid Valley dan tempoh promosi adalah dari 8 April 2015 sehingga 19 April 2015. Jadi mari kita tengok apa yang ada.


Ini adalah pemandangan dari tingkat atas sebahagian promo yang dibuat. Boleh kira kat sini lah tempat paling sesak. Masa gua ambil gambar
ni tak de lah ramai sangat orang, sampai je kat bawah gua tengok dah penuh.


Lu orang tengok la tu... Punya la padat... Ini adalah tarikan utama gua datang ke sini. Scale 1:1 patung Hulk dan Hulkbuster.


Perghhh memang gempak dan stylo beb... Ini gambar Hulkbuster dari dekat yang gua dapat ambil. 

Selain dari ini terdapat juga aktiviti yang menarik untuk kanak-kanak dan keluarga yang disertakan oleh DisneyXD... Anak gua seronok betul dapat bermain di stesyen Thor, Hulk, Captain America dan Iron Man. Setelah selesai melakukan keempat-empat misi... Dapat mengambil gambar keluarga anda dalam template Avengers Assemble pilihan anda dan kesemua aktiviti ini adalah percuma... Terima kasih DisneyXD kerana turut menjadikan promo ini riadah keluarga yang menyeronokkan... Terbaik...


Terdapat juga pameran Hot Toys scale1:6 yang disediakan oleh XM Studios. Figure Black Widow dari Age of Ultron Series. Memang betul-betul details. Muka dah macam muka orang tu... Arghhhh... bila la gua dapat collect Hot Toys ni?


Figure Iron Man Mark 42 dari filem Iron Man 3. Muka Tony Stark macam dalam filem tu...

Kalau lu sedar belakang display box figure ni ada area ToyRUs menjual figure terbaru keluaran Hasbro - Marvel Legends Avengers Age of Ultron Series wave 2 (BAF Thanos) dan bermacam-macam lagi Figure Hasbro dan Lego Avangers. Selain itu terdapat juga barangan seperti baju-baju, alat tulis, cadar dan pelbagai barang lagi yang bertemakan Avengers dan Marvel. Gua sempat la beli Kotak Pensil Avengers (anak gua beria-ia nak) dan Cadar Captain America (Kawaii) kat sana.


Figure ahli kumpulan Avengers menentang Chitauri... Memang real bro Hot Toys ni tapi kalau nak start collect figure Hot Toys ni modal kena lebat... Jadi gua kena belajar telan air liur... Tengok je la...

Figure Hasbro Marvel Legends Avengers Age of Ultron yang dipamerkan di area ToyRUs. Figure Thor & Hawkeye tu adalah dari series BAF Allfather Odin. Selebihnya dari BAF Thanos Series. Thanos yang berperisai warna gold tu... Figure-figure ini sudah ada dalam koleksi Pasolatoys, jadi nantikan review figure-figure tersebut