Wednesday 5 March 2014

Rocket Raccoon BAF Rocket Raccoon Series

Product: Hasbro (Marvel Legends)
Size: 6 inch

Pasolatoys telah mengeluarkan kesemua koleksi Marvel Legends dari BAF Rocket Raccoon Series kecuali Scarlet Spider. Kini tiba giliran figure BAF Rocket Raccoon pula gua nak jadikan tatapan lu orang... Sebelum itu, gua nak bagi tahu 5 keluaran bagi BAF Rocket Raccoon ini:
1) Wrecker - dengan kepala dan machinegun
2) Jean Grey - dengan badan berserta kaki dan ekor
3) Black Panther - dengan tangan kiri dan kanan
4) Hawkeye - tiada part BAF
5) Scarlet Spider - tiada part BAF


Part BAF sebelum ia disambungkan. Ada 6 bahagian iaitu kepala, badan, ekor, tangan kanan, tangan kiri dan machinegun.

Setelah ia disambungkan, gua nampak figure ni memang betul cool...

Mulut figure ini boleh dibuka dan ditutupkan. Bila mulut dia nganga terserlah ke'brutal'an Rocket Raccon ini... Tiada articulation point pada bahagian lutut. Bahagian ekor memang banyak membantu menyokong size kaki yang kecil.

Bila aksi memegang machinegun dengan menggunakan kedua-dua belah tangan, memang gempak bro...

Lu boleh tengok perbandingan size antara Rocket Raccoon dengan Wrecker.

Aksi panjat memanjat atas kepala

Walaupun tanpa support ekor, figure ini dapat berdiri atas lutut Wrecker. Memang stabil dan memang perghhh...

No comments:

Post a Comment