Sunday 30 March 2014

Rhino - Marvel Select

Product: Diamond Select (Marvel Select)
Size: 8 inch

Pasolatoys kembali dengan figure Marvel Select keluaran Diamond Select iaitu Rhino.


Gua memang suka collect figure-figure bagak Marvel Select ni. Figure ni berat dan cukup detail.

Walaupun articulation point tak banyak, ia tetap menarik... Gua suka tengok kuku dan tanduk 
Rhino... Macam real tu...

Lu tengok sendiri kulit dia siap ada rekah-rekah macam kulit badak betul. Perghhh... 
Shape body juga gempak bro...

Figure ini juga agak stabil. Gua sempat menggayakan aksi merempuh Rhino dengan sebelah kaki sahaja...

Ini gambar aksi bertempur dengan Spider-Man. Teruk Spider-Man kena tumbuk...

Beginilah gambar Rhino yang masih lagi dalam bungkusannya...

Friday 21 March 2014

Red Skull BAF Mandroid Series

Product: Hasbro (Marvel Legends Infinite Series)
Size: 6 Inch

Pasolatoys kini dengan figure Red Skull yang terbaru dari Hasbro Marvel Legends Infinite Series...


Red Skull ni muka dia memang gempak bro... Gaya Red Skull dengan Tesseract memang cool...

Articulation point figure ni gua tak berapa puas hati sikit... Tapi dari segi style dia tu gua memang suka bro.... Siap dengan kod ada cop Hydra lagi kat lengan kiri dan kanan... lagi satu ada tempat letak pistol kat dada kiri dan peha kanan.

Kod labuh dia nampak macam leather tu.... siap ada kesan alur dan kedut-kedut....

Cuma pistol ni je yang boleh diletakkan kat dada dan peha... Pistol lagi satu tak boleh...Hampehhh....

Ini antara aksi fighting yang sempat gua dedikasikan kepada lu orang... Red Skull VS Captain America... Perghhh.....

Figure ini disertakan sekali dengan part tangan kiri
BAF Mandroid yang ada pedang bagak tu...

Saturday 15 March 2014

Captain America (Marvel Now!) BAF Mandroid Series

Product: Hasbro (Marvel Legends Infinite Series)
Size: 6 Inch

Pasolatoys kali ini dengan figure Captain America Now! iaitu koleksi terbaru dari Hasbro Marvel Lengends Infinite Series.


Shield Captain America ni boleh digantungkan pada belakang figure sama seperti figure Captain 
America yang lain. Tapi gua boleh kata figure ini lebih cool dengan corak hexagon kecil yang ada pada badan dan bahu figure...


Bentuk muka yang lebih iras kepada pelakon cerita Captain America membuatkan figure ini betul-betul real dan gempak. Articulation point juga terbaik... 
Gua betul-betul puas hati dengan keluaran Hasbro bagi Marvel Legends Infinite Series kerana kesemua figure kali memang terbaik...

Kalau pandang dari tepi, muka dia lagi nampak real... Perghhh... Tapi lu orang kena hati-hati masa nak beli figure ini sebab gua tengok banyak figure ini matanya juling... Kena pilih baik-baik...

Kelebihan figure ini berbanding figure sebelumnya ialah tangan kiri figure ni boleh pegang shield dengan jari... Gempak bro...

Aksi fighting dengan Hydra Soldier yang sempat gua kongsikan dengan lu orang...

Figure disertakan sekali dengan part kepala BAF 
Mandroid

Thursday 13 March 2014

Silver Surfer - Series V

Product: Toybiz (Marvel Legends)
Size: 6 inch

Pasolatoys dengan figure Silver Surfer keluaran Toybiz.


Silver Surfer datang dengan surfboard sekali. 

Figure ini mempunyai articulation yang baik. 
Jadi banyak pose-pose yang menarik dapat dihasilkan.

Warna pada figure ini juga cantik dan tahan

Silver Surfer dengan gaya meluncur

Gua gayakan Silver Surfer dengan gaya 'sacrifice' memang gempak bro...

Silver Surfer dalam bungkusan

Wednesday 5 March 2014

Rocket Raccoon BAF Rocket Raccoon Series

Product: Hasbro (Marvel Legends)
Size: 6 inch

Pasolatoys telah mengeluarkan kesemua koleksi Marvel Legends dari BAF Rocket Raccoon Series kecuali Scarlet Spider. Kini tiba giliran figure BAF Rocket Raccoon pula gua nak jadikan tatapan lu orang... Sebelum itu, gua nak bagi tahu 5 keluaran bagi BAF Rocket Raccoon ini:
1) Wrecker - dengan kepala dan machinegun
2) Jean Grey - dengan badan berserta kaki dan ekor
3) Black Panther - dengan tangan kiri dan kanan
4) Hawkeye - tiada part BAF
5) Scarlet Spider - tiada part BAF


Part BAF sebelum ia disambungkan. Ada 6 bahagian iaitu kepala, badan, ekor, tangan kanan, tangan kiri dan machinegun.

Setelah ia disambungkan, gua nampak figure ni memang betul cool...

Mulut figure ini boleh dibuka dan ditutupkan. Bila mulut dia nganga terserlah ke'brutal'an Rocket Raccon ini... Tiada articulation point pada bahagian lutut. Bahagian ekor memang banyak membantu menyokong size kaki yang kecil.

Bila aksi memegang machinegun dengan menggunakan kedua-dua belah tangan, memang gempak bro...

Lu boleh tengok perbandingan size antara Rocket Raccoon dengan Wrecker.

Aksi panjat memanjat atas kepala

Walaupun tanpa support ekor, figure ini dapat berdiri atas lutut Wrecker. Memang stabil dan memang perghhh...

Monday 3 March 2014

Hawkeye BAF Rocket Raccoon Series

Product: Hasbro (Marvel Legends)
Size: 6 inch

Pasolatoys kini dengan figure Modern Hawkeye dari BAF Rocket Raccoon Series. Figure ini juga boleh dikategorikan sebagai 'rare' kerana ia amat sukar dijumpai dalam pasaran...


Cat warna ungu metalik pada badan dan kasut betul-betul naik dan cantik pada figure Hawkeye ini...

Senjata Hawkeye iaitu set memanah yang gempak dan perghhh... Bekas letak anak panah boleh disangkutkan pada belakang badan figure ini...

Articulation point untuk figure ini juga gempak. 
Gua nampak cutting body Hawkeye ini seakan sama dengan cutting body figure Black Panther. 
Jadi kesimpulannya articulation point kedua-dua figure memang gempak....

Memang bergaya figure Hawkeye ini...Tak hairanlah kenapa ia betul-betul laris dan 'rare'...

Figure Hawkeye ini tiada part BAF Rocket Raccoon

Jean Grey BAF Rocket Raccoon Series

Product: Hasbro (Marvel Legends)
Size: 6 inch

Pasolatoys dengan figure Jim Lee Jean Grey BAF Rocket Raccoon Series untuk tatapan lu orang... Figure ni boleh dikategorikan sebagai figure yang laris dan agak sukar nak jumpa dalam pasaran. Gua beruntung gua sempat beli untuk koleksi Pasolatoys...


Gambar ini gua ambil mengikut gaya ala-ala model iklan fesyen. Figure Jean Grey ini mempunyai bentuk tubuh model... 
Gua suka kesan beralun rambut pada figure Jean 
Grey ni. Tapi rambut yang panjang ni jugak la yang buatkan pergerakan kepala figure ni terbatas.

Articulation point boleh dikatakan baik untuk model wanita tapi agak sukar untuk dirikan figure ini. Mungkin tubuh halus susah nak distabilkan...

Benda yang gua nampak pelik kat figure ni size kepala agak besar sedikit kalau 'compare' kan dengan size body... Lagi satu gua tengok tapak tangan figure ini agak besar... Naya la Cyclops kalau kena lempang dengan tapak tangan bagak tu....


Figure ini disertakan sekali dengan part badan bersama kaki dan ekor BAF Rocket Raccoon. Perghhh... Gua dah cukup part BAF Rocket Raccoon untuk sambung kesemuanya...

Tiger Stripe Wolverine - X-Men Classics 2003/2004

Product: Toybiz (X-Men Classics)
Size: 6 inch

Pasolatoys dengan figure Tiger Stripe Wolverine keluaran Toybiz tahun 2003/2004.


Wolverine ini agak pendek dan nampak katik... 
Tingginya lebih kurang 5.5 inch saja...

Walaupun articulation point tak banyak, figure ini dapat menggayakan pose-pose yang menarik tetapi terhad... Gua boleh katakan antara figure yang gempak pada zaman itu...

Kuku besi Wolverine ini diperbuat dari getah.
Agak sukar nak luruskan kalau dah bengkok...

Biasanya Wolverine suka penggal kepala Sentinel, hari ini gua saja-saja bagi dia penggal kepala Iron Monger

Saturday 1 March 2014

Dalam Pembikinan II

Pasolatoys ada beberapa figure Marvel Legends yang dalam proses pembikinan. Jadi tunggu.... Banyak figure yang terbaru iaitu Marvel Legends Infinite Series dan figure yang rare untuk tatapan lu orang...


Captain America (Marvel Now!) 
Marvel Legends Infinite Series BAF Mandroid

Red Skull (Agents of Hydra) Marvel Legends Infinite Series BAF Mandroid

Jim Lee Jean Grey and Modern Hawkeye from Marvel Legends BAF Rocket Raccoon Series

Marvel Legends BAF Rocket Raccoon