Friday 27 March 2015

DX9 - D04 Armor Set for Optimus Prime Eviasion Mode AOE

Product: DX9 - D04 Armor Set
Build for: Optimus Prime Evasion Mode Hasbro/Takara Tomy AOE


Hari ni gua akan membuat review untuk DX9 Armor Set untuk Optimus Prime Evasion Mode dari Tranformers Generations - Age of Extiction Series (AOE)... Jom kita layan...


Wajah Optimus Prime dengan Armor Set yang bergaya dan stylo...

Begini la rupanya kotak DX9 Armor Set untuk Optimus Prime. Senang sikit lu orang nak cari lepas ni...

Setelah kotak dibuka, beginilah rupa part-part tambahan yang akan dapat. Terdapat 1 kepala yang stylo, 1 part badan bewarna chrome, 1 set sayap belakang, 1 cawat yang bewarna hitam, 2 ekzos lori, 2 pelindung bahu dengan penembak, 2 laras senapang, 2 tapak kaki khas untuk model dari Hasbro (warna biru) & 2 tapak kaki khas untuk model dari Takara Tomy (warna kelabu)

Ini adalah figure Optimus Prime - Evasion Mode (Transformers Generations AOE) dari Hasbro sebelum dilengkapkan dengan Armor Set DX9.

Optimus Prime dengan Armor Set... Part-part tambahan ini sememangnya menggunakan material yang berkualiti dan dapat melekap dengan baik pada lubang-lubang yang sedia ada pada figure Optimus Prime ini. Walaupun harga Armor Set ni gua beli lebih tinggi dari harga gua beli Optimus Prime, tapi dengan hasil begini...Gua berpuas hati beb...

Pandangan belah belakang yang lu orang boleh nampak iaitu sayap dan ekzos lori tu... Bahagian sayap itu tak boleh dilaraskan semasa dalam keadaan robot mode... Ianya hanya boleh dilaraskan ke dalam untuk mengubahkan sayap menjadi bahagian belakang lori (Vehicle mode).

Optimus Prime dengan senapang yang disertakan sekali dalam Armor Set. Memang bergaya dan perghhh...

Armor set ini juga dapat digunakan dalam keadaan vehicle mode. Hampir keseluruhan part Armor Set boleh disambungkan pada vehicle mode kecuali senapang.

Pandangan sisi lori Optimus Prime yang lengkap dengan senjata tambahan. Memang perghhh...

Pandangan belakang lori Optimus Prime... Jika sebelum ini lori ini kelihatan agak kosong di bahagian belakang... kini nampak bergaya dan lebih menarik dengan senjata-senjata dari DX9 Armor Set.

Tuesday 24 March 2015

Rocket Raccoon BAF Groot Series

Product: Hasbro - Marvel Legends (Infinite Series)
Scale: 6 inch

Hari ni gua berkesempatan untuk membuat review seorang lagi ahli Guardians of The Galaxy iaitu Rocket Raccoon. Jadi jom kita layan...


Figure Rocket Raccoon ini memang bergaya dengan senapang gabak dia tu. Senapang tu memang fit untuk Rocket Racoon pegang dengan kedua-dua belah tangan. Lu boleh tengok bahagian bawah senapang tu ada ruangan untuk Rocket Racoon selitkan tangan dia. Cuma yang spoil kat sini, pergelangan tangan figure ini tak boleh dibengkokkan ke atas dan ke bawah. Cuma boleh dipusingkan sahaja. Cis...

Ukiran dan rupa bentuk figure ini boleh dikatakan baik tapi malangnya articulation point figure kurang memuaskan hati. Bahagian kepala pergerakannya agak terbatas seperti hanya boleh menoleh ke kanan dan ke kiri sahaja. Jika di bandingkan dengan figure BAF Rocket Raccoon, articulation kepala figure itu lebih fleksibel... Boleh mendongak atas dan ke bawah dan yang lebih penting mulut dia boleh buka dan tutup. Lu boleh tengok figure BAF tu dekat gambar perbandingan di bahagian bawah sikit.

Bahagian belakang figure ini juga kelihatan menarik dan gempak... Bahagian ekor juga boleh digerakkan... tapi gua biasa biarkan ekor tu mencecah lantai kerana figure ini kurang stabil untuk berdiri dan memerlukan ekor untuk menampung.

Perbandingan saiz figure Rocket Raccoon dengan  figure Spider-Man dan Iron Man Mark II. Ketinggian Rocket Raccoon ini lebih kurang ketinggian peha dan pinggang Spider-Man dan Iron Man.

Perbandingan dengan figure BAF Rocket Raccoon dengan figure Wasp 3.75 inch (Infinite Series) dan juga figure BAF Hit Monkey. Figure ini lebih rendah daripada figure Wasp dan Hit Monkey tetapi tinggi sedikit daripada BAF Rocket Raccoon yang gua sebut-sebutkan awal-awal tadi.

Figure Rocket Raccoon semasa masih dalam bungkusan... Dengan modal RM74.90 untuk figure Rocket Raccoon sahaja gua rasakan tidak berbaloi... Tetapi dengan part kepala dan badan BAF Groot yang details dan gempak ditambahkan pula dengan senjata Star-Lord yang gua dah tunjukkan dalam review figure Star-Lord sebelum ini ia kembali berbaloi-baloi beb...

Saturday 14 March 2015

Drax BAF Groot Series

Product: Hasbro (Marvel Legends Infinite Series)
Size: 6 inch


Hari ini gua akan buat review ahli kumpulan Guardians of The Galaxy iaitu Drax "Si Pemusnah". Jom kita layan beb...


Figure Drax ini memang brutal dengan celoreng pada muka badan dan lengan... Dilengkapkan dengan 2 bilah pisau tempur yang details. Ukiran muka, badan, seluar dan kasut yang details. Gua rasa kasut figure ini akan lebih gempak kalau ditambahkan warna silver pada klip-klip yang ada pada kasut tu... 

Celoreng bukan pada bahagian depan saja... Dekat belakang pun ada bro... Lu boleh tengok sendiri celoreng tu ada bahagian belakang dan kelihatan bersambung. Corak celoreng pun memang stylo... Selain itu juga, lu boleh nampak pisau tu boleh selit pada kasut boot Drax seperti gambar di atas

Articulation point figure ini memang terbaik. Jadi tiada masalah untuk menghasilkan pelbagai gaya serangan. Gambar di atas antara satu gaya serangan menggunakan pisau tempur terhadap A.I.M Soldier yang sempat gua ambil.

Ketinggian figure Drax ini jika diperhatikan adalah lebih tinggi sedikit daripada figure Iron Man Mark-3 dan Star-Lord

Figure Drax semasa masih lagi dalam bungkusan. Figure ini disertakan bersama 2 bilah pisau dan part bahagian perut BAF Groot.

Saturday 7 March 2015

Star-Lord BAF Groot Series

Product: Hasbro (Marvel Legends Infinite Series)
Size: 6 Inch


Setelah beberapa bulan gua tak sempat update blog, hari ini gua berkesempatan untuk membuat review untuk figure Star-Lord. Gua di sini ingin meminta maaf kepada peminat-peminat yang menantikan kemunculan blog ini. Gua agak sibuk beberapa bulan ini kerana urusan berpindah rumah dan kelahiran anak kedua gua. Jadi sekarang mari kita teruskan review figure Star-Lord ketua kumpulan Guardians of The Galaxy...


Figure Star-Lord memang cantik dengan jaket labuh sama seperti yang dapat dilihat di dalam filem Guardians of The Galaxy. Ukiran muka juga begitu details iras-iras muka pelakon watak Star-Lord.

Articulation point tak adalah begitu gempak kerana pergerakan agak terbatas oleh jaket labuh dia pada bahagian tangan dan bahagian kaki. Bahagian pergelangan kaki juga agak terbatas kerana di halang oleh pistol yang ada pada kaki yang membolehkan hero ini terbang seperti dalam filem. Apa-apa pun ia masih dalam kategori boleh diterima kerana figure ini memang menarik beb... Gambar di atas adalah gambar Star-Lord menggunakan senjata yang disertakan sekali dengan figure Rocket Raccoon. Senjata ini sememangnya dikhaskan untuk figure Star-Lord.

Gambar di atas adalah figure Star-Lord semasa masih lagi dalam bungkusan. Figure ini disertakan sekali dengan part BAF tangan kiri Groot dan juga eksesori Star-Lord yang banyak seperti kepala bertopeng, headphone, walkman, orb, 2x pistol dan beg sandang. Memang meriah beb...

Star-Lord dengan headphone dan walkman kesayangan... Star-Lord sanggup berpatah balik ke penjara setelah berjaya melarikan diri dari penjara untuk mengambil kembali walkman yang telah dirampas...

Star-Lord bersama kumpulan Guardians of The Galaxy. Lu boleh tengok ke-stylo-an Star-Lord dengan kepala bertopeng...