Monday 5 May 2014

Shellraiser TMNT

Product: Playmates Toys
Size: For 5 Inch figure

Hari ini Pasolatoys berkesempatan untuk membuat review kenderaan rasmi kumpulan TMNT iaitu Shellraiser...


Ini gambar ahli TMNT dengan Shellraiser. Shellraiser ini sesuai dengan figure TMNT yang bersaiz 5 inch. Memang stylo bro...

Ini pandangan dari depan Shellraiser... Untuk menyiapkan Shellraiser ini, ada beberapa part dan sticker yang perlu dipasang sendiri. 

Ini pula pandangan sisi kanan Shellraiser. Sticker yang ditampalkan pada pintu tepi juga amat menarik.

Pandangan belakang Shellraiser nampak gempak dengan exhaust bagak 2 biji kat belakang siap dengan tong-tong kat bumper tu perghhh...

Gua memang suka sticker kat sisi kiri Shellraiser ni... Color dia lebih menarik berbanding sisi kanan. Selain itu ada juga penembak pada bahagian atas sisi kiri Shellraiser. Sisi kiri ni tak de pintu yang boleh dibuka.

Pada bahagian atas terdapat satu ruang yang boleh dibuka dan boleh diletakkan figure untuk mengawal penembak. Pada kanan dan kiri penembak terdapat batang untuk figure memegang dan bergayut.

Pada pintu depan pula lu boleh buka dan ada satu tempat yang lu boleh lekatkan lubang pada tapak kaki figure kat pintu yang dibuka itu. Lu orang boleh tengok gaya Raph kat pintu depan tu... Memang stylo nak berentap dengan Shredder.

Pada bahagian atas sebelah kanan penembak ada satu serombong asap yang boleh ditekan. Bila lu tekan benda tu secara mekanikal pintu sisi kanan akan terbuka. Figure yang bergayut pada batang kat pintu tu juga boleh berpusing melawan arah jam semasa pintu tu terbuka tetapi lu kena pusing dulu arah pusingan jam dan tutup pintu tu dulu. Bila ditekankan serombong asap tu, figure akan keluar dengan gaya serangan "Ninja Flip Kicking".

Ini adalah gambar Shellraiser yang masih dalam bungkusan. Untuk bungkusan yang gua beli ni disertakan sekali dengan figure Leonardo. Bungkusan yang gua beli hanya boleh jumpa dekat ToysRus je. Harga asal RM219.90 tapi gua beli time promosi dapat beli dengan harga RM199.90. Biasanya kedai-kedai lain jual bungkusan yang bukan dengan figure Leonardo. Harganya lebih kurang RM179.90