Thursday 27 February 2014

Teenage Mutant Ninja Turtle TMNT

Product: Playmates Toys (TMNT)
Size: 5 inch

Pasolatoys hari ini akan membuat review keempat-empat ahli kumpulan Teenage Mutant Ninja Turtle iaitu Leo, Don, Raph dan Mikey.


Lu orang boleh tengok ketinggian dia orang pun berbeza. Don paling tinggi... Raph dan Leo tingginya lebih kurang sama... Mikey yang paling rendah. Warna kulit diorang juga berbeza setiap satunya... 
Muka dan tangan juga ekslusif... Gua boleh kata perghhh...Figure ni kalau dah pose kan dengan senjata diorang. Memang gempak dan menarik bro.... Gua boleh katakan lagi sekali perghhh...

Sunday 23 February 2014

Magneto - Marvel Select

Product: Diamond Select (Marvel Select)
Size: 8 inch

Pasolatoys hari ini dengan koleksi Marvel Select dikeluarkan oleh Diamond Select iaitu Magneto....


Figure ini menggunakan material yang baik dan beratnya agak lebih berat dari keluaran Toybiz ataupun Hasbro

Articulation point agak kurang jika dibandingkan dengan model Toybiz ataupun Hasbro... Tapi dari segi seni pembuatannya gua puas hati dengan ketelitian pada muka dan kain belakangnya...

Lu orang tengok kain pelindung belakang Magneto ni memang gempak...

Pergerakan agak terbatas pada bahagian bahu kerana terhalang oleh kain pelindung belakang.

Figure ini disertakan sekali dengan base yang begitu details. Kesan runtuhan Xavier Institute dan ada tangan Colossus di situ... Memang gempak  dan perghhh bro... 

Lu boleh compare ketinggian Magneto (Diamond Select) dengan Cyclops (Toybiz) dan juga Iron Patriot (Hasbro). Size kepala lebih kurang sama jadi takde masalah kalau nak digandingkan pun... 
Cuma Magneto tu tinggi sikit je... tak ketara sangat.

Saturday 8 February 2014

Arcee Transformers Prime - Robots In Disguise

Product: Hasbro (Transformers Prime - RID)
Size: Duluxe Class

Pasolatoys kembali lagi dengan koleksi Transformers Prime dari series RID iaitu Arcee. Model Arcee ini boleh bertukar dari motor kepada robot. Model Arcee RID ini gua rasakan terbaik jika dibandingkan dengan Arcee 1st Edition Series... Tinggi Arcee 1st Edition lebih besar dan untuk RID lebih kecil dan ngam size nya dengan ahli kumpulannya yang lain. Takde la besar dari Bumblebee... Kan pelik tu.... Model ini disertakan bersama dengan senapang dan blade yang boleh dipasang dalam mode motor ataupun mode robot.

Thor BAF Terrax Series

Product: Hasbro (Marvel Legends)
Size: 6 inch

Pasolatoys dengan ahli kumpulan Avengers Assamble iaitu Thor... Figure ini rendah sedikit daripada Piledriver BAF Arnim Zola Series. Pergerakan dibahagian kepala dan tangan terbatas disebabkan terhalang oleh rambut dan kain belakang... Tapi benda yang gempak yang gua suka kat figure ni ialah Mjolnir ataupun tukul dia... Nampak details dia punya tukul tu... Perghhh... Tukul ni juga boleh gantung kat tali yang ada kat pinggang Thor tu...

Figure ni tak ada part BAF Terrax...


Black Panther BAF Rocket Raccoon Series

Product: Hasbro (Marvel Legends)
Size: 6 inch

Pasolatoys kini dengan Black Panther keluaran Hasbro dari BAF Rocket Raccoon Series. Figure ni mempunyai articulation point yang gempak. Kepala boleh dongak ke atas, bahagian belakang pun boleh lentik dan bahagian keting kaki pun boleh pusing... Jadi banyak pose-pose menarik dapat dibuat. Gua sempat ambil gambar outdoor untuk figure ini buat tatapan lu orang...

Figure ini juga disertakan bersama part tangan kanan dan kiri BAF Rocket Raccoon.


Wednesday 5 February 2014

Michelangelo TMNT

Product: Playmates Toys (TMNT)
Size: 5 inch

Pasolatoys kembali lagi kali ini dengan koleksi TMNT iaitu Michelangelo.... Michelangelo ini merupakan adik yang paling kecil dalam ahli TMNT jadi tinggi figure ini juga lebih kecil dan rendah daripada Leo, Don ataupun Raph. Color kulit untuk figure ini juga lebih terang dan muda. Figure ini juga di lengkapkan dengan senjata tradisi dan beberapa senjata tambahan.

Saturday 1 February 2014

Wrecker (Marvel's Wrecking Crew) BAF Rocket Raccoon Series

Product: Hasbro (Marvel Legends)
Size: 6 inch

Pasolatoys berkesempatan hari ni untuk post review Wrecker dari  Marvel's Wrecking Crew BAF Rocket Raccoon Series. Size Wrecker ini tinggi sedikit dari Piledriver. Gua tengok figure Wrecker ni lebih kurang sama dengan figure Piledriver kecuali badan, kepala, tali pinggang dan color dia... Dari segi articulation pun lebih kurang sama dengan Piledriver cuma pinggang tak boleh pusing dan pergerakan kepala agak terbatas disebabkan terhalang oleh kolar baju. Tapi ekspresi muka Wrecker ni memang ganas. Batang besi pencungkil Wrecker ni pun gempak... Nampak macam real bro dengan calar-balar pada besi tu. Gua rasa puas hati dengan figure ni...

Figure ini juga disertakan dengan part kepala dan machinegun BAF Rocket Raccoon yang gempak dan perghhh.....