Wednesday 29 January 2014

Iron Patriot (Movie) BAF Iron Monger

Product: Hasbro (Marvel Legends)
Size: 6 inch

Pasolatoys hari ini dengan Iron Patriot (Movie) dari filem Iron Man 3. Figure ni gua suka design nya yang details dan color nya cantik . Gua suka machine gun dia... Memang syok boleh adjust kiri kanan atas bawah.... Articulation point pun gempak dan gua memang puas hati dengan figure ni...

Figure ini disertakan sekali dengan part tangan kiri BAF Iron Monger.

Monday 27 January 2014

Dalam Pembikinan

Sibuk betul gua minggu ini... Tapi gua tengah bikin baik2 untuk lu orang. Jadi tunggu... Gua akan post bila dah ready...

Saturday 25 January 2014

Donatello TMNT

Product: Playmates Toys - Nickelodeon TMNT
Size: 5 inch

Pasolatoys hari akan mempamerkan figure Donatello dari koleksi Teenage Mutant Ninja Turtle (TMNT) keluaran Playmates Toys.

Figure Donatello ini agak tinggi dari adik beradiknya yang lain. Nanti gua akan updatekan perbezaan ke empat-empat beradik ni... Tapi buat masa ni, gua nak fokuskan apa yang ada pada si Don ni. Dia ada batang kayu yang boleh diselitkan kat cengkerang belakang. Selain itu Don juga ada batang kayu macam lembing, batang kayu dengan rantai dan beberapa shuriken. Dari segi karakter, lu boleh tengok badan dia kurang parut tapi pada cengkerang depan tetap ada calar-balar tapi takde la seteruk Raph punya cengkerang.

Thursday 23 January 2014

Venom - Spider-Man Series

Product: Hasbro (Spider-Man)
Size: 6 inch

Pasolatoys hari nak update figure Venom keluaran Hasbro dari Spider-Man series. Venom ni ada ekor seperti ekor scorpion tapi gua tak pasang sebab gua rasa Venom dah cukup ganas... Lu tengok la muka Venom tu siap dengan lidah terjelir panjang tu... Bentuk body pun gempak... Memang stylo la...

Sunday 19 January 2014

Wheeljack Transformers Prime - Robots In Disguise (RID)

Product: Hasbro Transformers Prime - Robots In Disguise (RID)
Size: Duluxe Class

Hari ini gua akan mempamerkan Wheeljack dari Transformers Prime antara koleksi yang ada di Pasolatoys.

Model Wheeljack ini dapat bertukar kepada kereta. Cara model ini di'Transform'kan juga amat menarik dan model ini juga amat stabil untuk menggayakan pose-pose mengancam. Wheeljack juga ada untuk Beast Hunters (BH) Series tapi gua rasakan RID Series ni lagi best pasal gua dapat 2 bilah pedang. Untuk BH Series, tak ada banyak beza. Cuma ada tambahan spike pada badan dan senjatanya bukanlah pedang. Siapalah Wheeljack tanpa pedang... Jadi kalau dah ada Wheeljack RID gua rasa dah tak perlu ada BH Series...

Iron Man Mark 42 BAF Iron Monger Series

Product: Hasbro (Marvel Legends)
Size: 6 inch
 
Pasolatoys hari ni akan update koleksi Marvel Legends keluaran Hasbro dari BAF Iron Monger Series iaitu Iron Man Mark 42... Suit Iron Man ini lu boleh tengok Tony Stark pakai dalam movie Iron Man 3.

Model Iron Man ini mempunyai articulation point yang bagus dari tengkok sehingga ke pergelangan kaki. Jadi model ini dapat menggayakan pose-pose yang menarik. Kerja-kerja cat juga cantik dan details. Gua boleh katakan model ni memang superb... Akan tetapi, cat warna emas tu kurang tahan lasak dan mudah luntur... Lu boleh compare dengan Iron Patriot (movie) yang gua beli sama dengan Iron Man Mark 42 ni... Iron Patriot masih cantik catnya tapi Iron Man dah luntur... Lepas ni gua kena cari cat untuk repair. Masalah dari model ini cuma cat saja dan yang lainnya memang gempak dan perghhh...

Model ini juga disertakan sekali dengan tangan kanan part BAF Iron Monger.

Saturday 18 January 2014

Raphael TMNT

Product: Playmates Toys - Nickelodeon (TMNT)
Size: 5 inch

Pasolatoys kembali lagi dengan koleksi Teenage Mutant Ninja Turtle (TMNT). Hari ni gua akan pamerkan Raphael untuk tatapan lu orang. Toy Raphael ini disertakan sekali dengan senjatanya yang cool iaitu Tekpi. Biasanya senjata ini diletakkan di bahagian depan pinggang tetapi untuk model ini, senjata Tekpi ini diselitkan di bahagian belakang cengkerang... Lagi satu yang buat gua syok, toy ni detail dengan karakter Raphael. Cengkerang depan dia siap ada serpih pecah dan lekuk-lekuk hasil latihan Tekpi dia...Lu orang tengok sendiri la...

Thursday 16 January 2014

Megatron Transformers Prime - Robots In Disguise (RID)

Product: Hasbro Transformers Prime - Robots In Disguise (RID)
Size: Voyager Class

Pasolatoys hari ni akan mempamerkan koleksi Transformers Prime - Robots In Disguise iaitu Megatron selaku ketua kumpulan Decepticon. Megatron ni dapat bertukar kepada Spaceship. Spaceship ni memang gempak dan bagak. Cara di'Transform' kan pun menarik. Model ini juga disertakan sekali dengan Canon...

Monday 13 January 2014

Predaking Transformers Prime - Beast Hunters (BH)

Product: Hasbro Transformers Prime - Beast Hunters (BH)
Size: Voyager Class

Hari ni Pasolatoys berkesempatan untuk update model ketua kumpulan Predecon iaitu Predaking... Model Predaking ni gua kurang minat sikit pasal model ni dalam mode dragon pun nampak kaku je terutama bahagian ekor dan badan. Ada nampak macam tak kena.... Bila dalam mode robot pula tak banyak pose boleh buat pasal lengan dengan peha Predaking ni gerakan dia pelik sikit... Apa-apa pun ia masih gempak dan perghhh untuk dijadikan koleksi....

Sunday 12 January 2014

Optimus Prime Transformers Prime Beast Hunters

Product: Hasbro Transformers Prime - Beast Hunters (BH)
Size: Voyager Class

Pasolatoys kembali dengan koleksi Transformers. Hari ni gua nak post kan gambar ketua kumpulan Autobot iaitu Optimus Prime. Dalam cerita series Beast Hunters ini Optimus Prime ada kelainan... Dia ada sayap dan boleh terbang...

Model Optimus Prime ni agak ringan berbanding Shockwave, Ultra Magnus & Grimwing dari series & class yang sama. Kurang feel sikit bila pegang... Tetapi dari segi kestabilan, sendi pergerakan Optimus Prime lebih banyak gear.... Saber hijau tu dan 2 corong rocket tu (boleh buat pistol gak) dapat sekali dalam kotak.

Saturday 11 January 2014

Mojo BAF Mojo Series

Product: Toybiz (Marvel Legends)
Size: 6 inch

Setelah Pasolatoys update kan kesemua koleksi BAF Mojo Series. Akhirnya... Gua akan update kan figure Mojo yang telah disambungkan dari 6 bahagian Mojo yang berada di dalam bungkusan figure berikut:
1) 1st Appearance Iron Man - part backseat Mojo
2) Psylocke - part perut depan Mojo
3) Falcon - part perut belakang Mojo
4) Luke Cage - part tapak kiri Mojo
5) Longshot - part tapak kanan Mojo
6) Baron Zemo - part kepala sehingga tangan Mojo

Figure Mojo ni memang details dan gempak bro.... Lu tengok muka dia, gigi dia, wayar yang bersambung dengan seat & jari2 dia.... Lu boleh nampak seni dalam pembuatan mainan ni. Perghhh.....

Baron Zemo BAF Mojo Series

Product: Toybiz (Marvel Legends)
Size: 6 inch

Sekarang hanya tinggal figure Baron Zemo atau nama lain Heinrich Zemo saja yang belum gua update untuk koleksi BAF Mojo series. Figure ini banyak perbezaan dengan figure Baron Zemo versi Marvel Legends Infinite Series - Captain America The Winter Soldier BAF Mandroid series keluaran Hasbro yang bakal tiba dalam tahun ini. Persamaannya ialah Baron Zemo tetap pakai sarung kepala.

Figure Baron Zemo BAF Mojo series ini disertakan sekali dengan bahagian kepala sehingga tangan Mojo.